Search
Close this search box.
Jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong. Foto: Bernama.

Kejayaan Grace Wong kebanggaan Sarikei

BINTANGOR, 9 Mei: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing menyifatkan kejayaan jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong pada Sukan SEA 2023 sebagai kebanggaan buat seluruh warga Sarikei.

Menurutnya, kejayaan itu bukan sesuatu yang mudah kerana menuntut semangat perjuangan yang kental.

Baca artikel berkaitan > > > Emas ini untuk seluruh rakyat Malaysia – Grace Wong

“Atlet itu wajar menjadi contoh khususnya kepada generasi muda.

“Saya dan seluruh penduduk Sarikei bangga dengan pencapaiannya  mengharumkan nama negara.

“Semoga kejayaan terus menjadi milik Grace pada masa depan,” katanya kepada TVS di sini, hari ini.

Baca artikel berkaitan > > > Sukan SEA: Atlet kelahiran Sarikei, Grace raih kejayaan berganda

Selain mempertahankan emas dimenanginya pada tahun lepas, Grace, 23, turut memperbaharui rekod temasya yang diciptanya pada edisi 2017 di Kuala Lumpur iaitu 59.24 meter (m) dengan catatan baharu 61.87m menerusi balingan keempatnya pada hari pertama acara olahraga di Stadium Nasional Morodok Techo.

Lebih manis, kejayaan atlet dari Sarikei itu diraikan bersama seorang lagi wakil negara, Nurul Hidayah Lukman yang meraih gangsa selepas melakukan catatan 49.61m manakala pingat perak dimenangi oleh wakil Thailand, Mingkamom Koomphon. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan