Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jurulatih bertauliah Sarawak Skills untuk kenderaan elektrik hibrid dan elektrik, Sarawak Skills dapat mengambil langkah pertama menubuhkan pusat latihan bertauliah. Foto: Sarawak Skills

Sarawak Skills cadang mulakan Pusat Latihan Kenderaan Elektrik, Hidrogen

ByBernama

KUCHING, 8 Mei: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (Sarawak Skills) bercadang untuk memulakan program Pusat Latihan Bertauliah untuk Kenderaan Elektrik Hibrid (HEV), Kenderaan Elektrik (EV) dan Kenderaan Hidrogen.

Pengarah Eksekutif Sarawak Skills Hallman Sabri berkata cadangan itu tercetus susulan kerjasama kumpulan dengan Pusat Teknologi Kenderaan Hibrid dan Elektrik Kolej Komuniti Kepala Batas, Pulau Pinang untuk menjalankan kursus latihan kenderaan hibrid dan elektrik untuk tenaga pengajar dan pelatih Sarawak Skills.

Kursus latihan kenderaan hibrid dan elektrik untuk tenaga pengajar. Foto: Sarawak Skills

“Sebagai satu-satunya pusat di Rantau Asia Pasifik yang menawarkan Tahap Satu hingga Empat Institut Industri Permotoran (IMI), program anugerah/pensijilan United Kingdom untuk kenderaan elektrik dan hibrid, kami berterima kasih atas kepakaran teknikal dan sokongan dari Kolej Komuniti Kepala Batas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hallman yang juga Pengerusi Persekutuan Pusat Pembangunan Kemahiran Malaysia (FMSDC) berkata sebanyak 15 instruktor Sarawak Skills, pensyarah dan pelatih telah mengambil bahagian dalam kursus dijalankan pada 6 hingga 9 Mei, menyaksikan setelah tamat kursus pelatih akan mendapat tiga pensijilan diiktiraf antarabangsa dari IMI.

Kursus latihan kenderaan hibrid dan elektrik untuk tenaga pengajar. Foto: Sarawak Skills

Pensijilan itu termasuk kesedaran mengenai kenderaan elektrik/hibrid, pengurusan bahaya untuk kakitangan kecemasan dan pemulihan serta pembaikan dan penggantian sistem.

“Dengan adanya kumpulan Jurulatih Bertauliah untuk Kenderaan Elektrik Hibrid dan Kenderaan Elektrik, Sarawak Skills dapat mengambil langkah pertama untuk menubuhkan Pusat Latihan Bertauliah yang menawarkan program HEV dan EV,” katanya.

Beliau berkata dengan sokongan daripada kerajaan negeri Sarawak, Sarawak Skills juga akan menubuhkan Kolej Latihan Automotif Termaju (AATC), bagi menampung penyelenggaraan kenderaan hidrogen. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan