Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datu Khirudin Drahman pada program BSN Care Kesedaran Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Penggunaan pili bomba perlu melalui pihak berkuasa bekalan air – Pengarah Bomba Sarawak

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 8 Mei: Penggunaan pili bomba untuk kawasan yang mengalami masalah bekalan air perlu melalui pihak berkuasa bekalan air, kata Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Datu Khirudin Drahman.

Menurutnya, akta yang sedia ada jelas menyatakan bahawa penggunaan pili bomba hanya dibenarkan semasa kecemasan dan semasa operasi pemadaman kebakaran.

Datu Khirudin Drahman menerima cenderahati daripada Amri Ahmad pada Program BSN Care Kesedaran Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba dan Penyelamat di sini, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

“Pemilik kepada pili bomba adalah kita (bomba) tetapi paip air itu adalah di bawah pihak berkuasa bekalan air, misalnya di Kuching ialah Lembaga Air Kuching dan Miri pula ialah Lembaga Air Kawasan Utara.

“Setiap penggunaan air perlu melalui mereka. Sebab itu sekiranya kita mahu menghantar air ke kawasan-kawasan memerlukan, kita akan bekerjasama dengan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Program BSN Care Kesedaran Keselamatan Kebakaran di Balai Bomba dan Penyelamat Tabuan Jaya, di sini, hari ini. Hadir sama, Pengarah Bank Simpanan Nasional (BSN) Sarawak, Amri Ahmad.

Datu Khirudin Drahman pada program BSN Care Kesedaran Keselamatan Kebakaran di sini, hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS).

Mengenai persediaan bomba menghadapi cuaca panas dan kemungkinan kebakaran hutan, Khirudin berkata JBPM Sarawak memiliki sebuah helikopter khas bagi tujuan pemadaman kebakaran menggunakan kaedah ‘bom air’.

Helikopter berkenaan mampu melakukan pengeboman air 2,000 liter.

“Helikopter itu ditempatkan di Miri sebab kalau kita lihat rekod kawasan yang akan berlakunya kebakaran tanah gambut adalah di sana dan akses jalan masuk di sana agak sukar.

“Kita beruntung sebab NREB dan Kumpulan Naim mereka mempunyai dron yang dilengkapi pengesan haba yang terbang dua jam sekali pada waktu malam, jadi kawasan-kawasan yang terlibat kita ambil tindakan terus,” ujarnya.

Sementara itu, pada majlis itu BSN menyumbang empat unit alat pemadam api masing-masing kepada lima rumah kebajikan dan rumah anak-anak yatim.

Ia melibatkan Rumah Seri Kenangan Kuching, Kompleks Kebajikan Anak Yatim Laila Taib, Rumah Kebajikan Toh Puan Hajah Norkiah, Rumah Taman Seri Puteri Kuching dan Rumah Kebajikan Kanak-kanak Salvation Army.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan