Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat mangsa ditutup dengan kain sebelum dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut. Foto: Ibu Pejabat Polis Daerah Julau

Pelajar tingkatan 1 maut, bapa parah dalam nahas jalan raya di Julau

JULAU, 8 Mei: Seorang pelajar lelaki Tingkatan 1 maut apabila motosikal yang ditunggang bersama ayahnya hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan di Kilometer 502, Jalan KJD Julau dekat sini pada Ahad.

Mangsa dikenali sebagai Alexsen Banyan, berusia 13 tahun merupakan pelajar Tingkatan 1 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Julau No. 2 manakala bapanya, 35, mengalami cedera parah di bahagian anggota badan.

Ketua Polis Daerah Julau, Deputi Superintendan Andam Sulin berkata, dalam kemalangan pada 1.40 tengah hari itu, penunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan terjatuh selepas melanggar pembahagi jalan di kiri jalan raya.

“Pembonceng motosikal disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Sarikei,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sarikei untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Andam meminta orang ramai yang maklumat berhubung kejadian diminta tampil ke Balai Polis Julau atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Julau, Inspektor Mohamad Azri Mohd Azhar di talian 012 9059549. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan