Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Sarawak, Awang Raduan Awang Omar. Foto: Jabatan Tenaga Kerja

Dakwaan kebanjiran pekerja asing, Jabatan Tenaga Kerja pelawa penduduk Baleh isi jawatan kosong

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 8 Mei: Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sarawak bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Sarawak akan mengadakan temuduga khas untuk warga tempatan yang tinggal di sekitar Baleh pada 12 hingga 13 Jun ini.

Pengarah JTK Sarawak, Awang Raduan Awang Omar berkata temu duga khas ini akan menjemput majikan-majikan yang sedang menjalankan projek pembinaan Empangan Baleh, Kapit. 

“Majikan adalah diharap untuk menerima mana-mana calon yang hadir dan berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan sedia ada,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Beliau turut minta wakil Parti Keadilan Rakyat, Khusyairy Pangkas untuk membawa bersama mana-mana warga tempatan yang berminat untuk bekerja di Projek Empangan Baleh, Kapit. 

Kenyataan ini adalah susulan isu yang tular baru-baru ini berkenaan kebanjiran pekerja asing di Projek Empangan Baleh yang ditimbulkan Khusyairy.

“Besar harapan jabatan ini agar warga tempatan terutamanya yang berkelayakan untuk hadir dan mengisi kekosongan kerja yang sedia ada. 

“Ini bukan sahaja membantu untuk mengurangkan kebergantungan kepada pekerja bukan pemastautin, malah mempercepatkan proses menyiapkan projek empangan berkenaan,” ujarnya.

Menjelaskan lanjut mengenai prosedur pengambilan pekerja, Awang Raduan berkata setiap syor kelulusan bagi Kelulusan Secara Dasar (AP) sebelum majikan dibenarkan menggaji pekerja asing akan dikemukakan untuk pertimbangan Jawatankuasa di peringkat Ibu Pejabat JTK Sarawak.

Ia kemudian dibawa untuk kelulusan akhir di Mesyuarat Jawatankuasa Lokalisasi Pekerja Bukan Pemastautin Yang Lain yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Sarawak.

Ia mengambil kira keperluan guna tenaga majikan tanpa mengabaikan peluang pekerjaan diberikan kepada warga tempatan. 

Sebelum kelulusan AP diberikan kepada kontraktor-kontraktor tersebut, jawatankuasa-jawatankuasa akan memastikan peluang pekerjaan tersebut telah ditawarkan kepada pekerja tempatan melalui beberapa siri temuduga yang diadakan oleh pihak PERKESO sejak 2021 dan yang terkini adalah pada 15 Jun 2022. 

Menurut rekod, hanya enam orang pencari kerja tempatan yang memohon dan hadir temuduga daripada 19 jenis kekosongan jawatan yang ditawarkan. 

“Sambutan oleh warga tempatan dalam siri temuduga tersebut adalah tidak memuaskan,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan