Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang bersama para hadirin pada majlis makan malam di London. Foto: Pejabat Premier Sarawak

Abang Johari bertemu diaspora Sarawak sempena lawatan kerja di London

ByMuqri Aziz

LONDON, 8 Mei: Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Sarawak di Rumah Sarawak di sini, semalam.

Majlis makan malam itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib.

Majlis makan malam anjuran Yayasan Sarawak sempena lawatan kerja Premier Sarawak ke London itu diselitkan dengan sesi soal jawab bersama para pelajar Sarawak mengenai ekonomi digital, ekonomi hidrogen, tenaga boleh diperbaharui dan penubuhan syarikat penerbangan butik milik Sarawak.

Turut hadir, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak Datuk Dr Annuar Rapaee dan Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-undang, Perjanjian Malaysia 1963 dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali serta Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Fazzruddin Abdul Rahman.

Premier Sarawak tiba di London pada Jumaat bagi menghadiri pelancaran Pameran Kraf Malaysia di Suruhanjaya Tinggi Malaysia serta pelancaran Oxford Centre for Islamic Studies dan Sarawak Wing di Universiti Oxford. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan