Search
Close this search box.
ackson Chambai (kiri) bersama Daeloniel Mcdelon Bong (kanan) akan membawa cabaran negara menerusi acara tinju pada Sukan SEA Kemboja esok. Foto: TVS

Sukan SEA: Jackson Chambai tidak gentar bertarung esok

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Petinju kebangsaan, Jackson Chambai berazam untuk memberikan persembahan terbaiknya apabila turun ke gelanggang acara berkenaan pada Sukan SEA Kemboja, esok.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Pertarungan di Bangkok beri ‘pengajaran’ kepada Jackson Chambai
  2. 2. SUKMA: Emas kedua tinju disumbang Jackson Chambai

Bakal membuat penampilan sulung pada temasya dwitahunan itu, atlet berusia 22 tahun yang berasal dari Saratok, Sarawak itu berkata, dia berasa teruja untuk beraksi di Pusat Konvesyen Chroy Changvar, Phnom Penh.

Undian yang berlangsung kelmarin menyaksikan juara Sukan Malaysia (SUKMA) 2022 itu akan berdepan wakil Thailand, Natthaphong Thuamcharoen bagi kategori 48 kilogram (kg).

“Saya bersemangat, dalam fikiran ketika ini hanya mahu bertarung sebaik mungkin untuk mara ke pusingan seterusnya dan meraih pingat untuk negara,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Ditanya tentang lawannya itu, Jackson berkata, dia tidak pernah bertarung dengan Natthaphong sebelum ini walaupun mengenali petinju itu.

“Saya hanya pernah sparring dengannya sewaktu pasukan tinju kebangsaan berlatih di Thailand selama enam minggu pada bulan lepas.

“Namun esok merupakan hari yang berbeza kerana kami masing – masing akan bersaing untuk ke peringkat seterusnya,” katanya.

Sebelum ke Sukan SEA, Jackson turut menyertai beberapa kejohanan pemanas badan termasuklah Kejohanan Terbuka Malaysia di Nilai, Negeri Sembilan.

Pada Januari lepas, dia mara ke suku akhir Kejohanan Tinju Asia Bawah 22 di Bangkok, Thailand.

Seorang lagi atlet Sarawak yang turut membarisi pasukan tinju kebangsaan pada Sukan SEA kali ini ialah Daelonial Macdelon Bong akan bertanding bagi kategori 54 kg. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan