Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim Foto: BERNAMA

Anwar hadir Mesyuarat Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 7 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini malam ini, bagi mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Selain Anwar, beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan turut kelihatan menghadiri mesyuarat berkenaan iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook.

Mesyuarat juga disertai Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Datuk Seri Jeffrey Kitingan dan Presiden Warisan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mesyuarat bermula pada 8 malam itu dijangka membincangkan beberapa perkara termasuk kesepakatan mengenai pergerakan jentera dan penyusunan gerak kerja  bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN).

Enam negeri sebelum ini sepakat membubarkan DUN masing-masing pada dua minggu terakhir Jun ini bagi memberi laluan kepada PRN.

Negeri berkenaan adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan