Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Lapangan Terbang Suvarnabhumi, Thailand. Foto: Athit Perawongmetha/Reuters.

Thailand mengalu-alukan kemasukan 8.5 juta pelancong

ByBernama

BANGKOK, 6 Mei: Thailand mengalu-alukan kedatangan 8.5 juta pelancong, dengan pendapatan sektor pelancongan mencecah 353.3 bilion baht untuk tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Malaysia berada di kedudukan lima pengunjung tertinggi ke negara itu pada Januari hingga April tahun ini.

Pemangku Jurucakap Kerajaan Anucha Burapachaisri berkata, dalam tempoh itu, seramai 8,596,452 pelancong asing melawat Thailand.

“Pada April, terdapat 2.13 juta pelancong antarabangsa melawat Thailand di mana pelancong Malaysia mendahului senarai dengan 367,530 orang, diikuti China (328,375) dan India (131,230).

“Dijangka lebih 520,000 pelancong akan tiba pada minggu pertama bulan ini (1 hingga 7 Mei) berikutan cuti Hari Pekerja di Malaysia, China dan Vietnam,” katanya dalam satu kenyataan.

Anucha berkata, Perdana Menteri, Prayuth Chan-o-Cha merakamkan penghargaan atas usaha yang dilakukan oleh pelbagai agensi untuk memulihkan industri pelancongan Thailand.

“Ini adalah petanda positif bahawa Thailand kekal sebagai destinasi pilihan utama pelancong,” katanya.

Thailand menyasarkan kemasukan pelancong asing sekitar 25 dan 30 juta tahun ini kerana sektor pelancongan menyaksikan pemulihan pantas.

Thailand merupakan antara destinasi pelancongan paling popular di Asia, telah dikunjungi oleh hampir 40 juta orang pada 2019. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan