Search
Close this search box.
Naib Presiden GRS, Datuk Arifin Mohd Arif. Foto: TVS.

Sokongan GRS kekal terhadap Kerajaan Perpaduan

ByTVS

MEMBAKUT, 6 Mei: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kekal memberi sokongan kepada Kerajaan Perpaduan berikutan kestabilan Kerajaan Persekutuan merupakan cerminan senario berpolitik di negeri ini.

Naib Presidennya, Datuk Dr. Arifin Mohd Arif mendedahkan keadaan politik di Sabah stabil dan GRS kekal memberi sokongan kepada rakan strategik mereka, Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Di Sabah…Alhamdullilah keadaan stabil dan sokongan GRS dan rakan-rakan kita daripada PH adalah sangat padu mudah-mudahan Ketua Menteri akan dapat merancang lebih baik dengan adanya kestabilan parti di kawasan di negeri Sabah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Pimpin, Membakut, di sini, pada Sabtu.

Suasana hari rumah terbuka di kediaman rasmi naib Presiden GRS, Datuk Arifin Mohd Arif. Foto: TVS.

Arifin yang juga Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Sabah turut berkata beliau yakin kepimpinan tertinggi Sabah yang diterajui Datuk Seri Hajiji Noor akan membantu pembangunan ekonomi negeri di masa hadapan.

“Saya yakin yang amat berhormat ketua menteri boleh melakukan sesuatu yang baik untuk merealisasikan  hala tuju sabah maju jaya yang sedang dirancang.” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya , Setiausaha Tetap Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI) Datuk Zainuddin Aman dan Ketua Penolong Setiausaha Kanan, Musleha Muluk. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan