Search
Close this search box.
Gambar hiasan. Foto: Bernama.

Semua Tabika, Taska KEMAS perlu tangguh aktiviti luar bilik darjah jika cuaca terlalu panas

ByBernama

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) perlu menangguhkan semua aktiviti luar bilik darjah sekiranya cuaca terlalu panas.

KEMAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan, selain itu kesemua Tabika dan Taska juga memantau aktiviti yang boleh mendedahkan kanak-kanak kepada keadaan cuaca panas bagi memastikan kesihatan mereka tidak terjejas, selain mengehadkan aktiviti fizikal lasak semasa cuaca panas kerana ia boleh meningkatkan risiko penyakit akibat cuaca panas.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Cuaca panas tahap satu di Mukah, masyarakat dinasihat waspada strok haba
  2. 2. JBPM kenal pasti 406 kawasan titik panas di seluruh negara
  3. 3. Mukah, Bentong hadapi cuaca panas tahap satu – MetMalaysia

Tabika dan Taska juga perlu memastikan bekalan air bersih mencukupi dan menggalakkan kanak-kanak membawa air minuman sendiri serta menggalakkan kanak-kanak mengambil air minuman dalam kuantiti yang sesuai bagi mengawal suhu badan.

“Semua Tabika dan Taska KEMAS dinasihatkan agar sentiasa mengikuti garis panduan aktiviti fizikal, Kementerian Kesihatan (KKM) serta perlu peka dengan perkembangan semasa melalui media mengenai fenomena berjerebu di kawasan atau daerah masing-masing.

“Maklumat terkini status cuaca panas juga boleh didapati di laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)  dan langkah-langkah pencegahan bagi mengurangkan kesan kesihatan akibat cuaca panas di laman sesawang KKM,” menurut kenyataan itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan