Search
Close this search box.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diserbu rakyat pada Majlis Aidilfitri Malaysia Madani di Permatang Pauh hari ini. Foto: TVS.

RM8 bilion STR telah diagih kepada rakyat – Perdana Menteri

ByTVS

BUKIT MERTAJAM, 6 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan sebanyak RM8 bilion telah diserahkan kepada penerima Sumbanga Tunai Rahmah (STR) membabitkan 8.6 juta penerima.

Menurut beliau, ia turut melibatkan 460,000 penerima golongan sasar dengan peruntukan RM85.8 juta di Pulau Pinang yang merupakan kejayaan pengurusan dan kerajaan dalam menjaga amanah rakyat.

“Jaga tetakelola dan jangan ambil kesempatan sakau dan curi. Jaga supaya dana amanah ini kerana kita bertanggungjawab terhadap Allah SWT.

“Ini bukan public accountability (akauntabiliti awam) untuk orang dengar dan bukan nak menang pilihan raya negeri atau pilihan raya persekutuan, tapi tanggugjawab pemimpin,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Rumah Terbuka Madani di Universiti Teknilogi Mara (UiTM) Pulau Pinang, Permatang Pauh di sini pada Sabtu.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, dakwaan kononnya kerajaan menidakkan kepentingan orang Melayu selain isu yang dibangkitkan berhubung orang Melayu dikawal orang bukan Melayu adalah modal sesetegah pihak memburukkan kerajaan.

“Kita peruntukkan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) serta Yayasan Karyawan adalah paling tinggi (setakat ini) untuk martabatkan bahasa Melayu.

“Program Islam untuk maahad tahfiz dan sekolah agama, kita tambah lebih banyak berbanding kerajaan sebelum ini selain peruntukan RM1.5 bilion untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan RM160 juta utuk sekolah agama dan maahad tahfiz.

“Namun, apa yang dihebahkan adalah kita luluskan untuk sekolah Cina sedangkan jumlah (peruntukan) sama seperti kerajaan sebelum ini. Demikian fitnah dan putar belit penipu-penipu dalam politik,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan