Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berucap pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 anjuran Persaudaraan Masjid, Bintangor dan Haji Taha (MBHT) Kuching. Foto: TVS.

Ketepikan politik, fokus bentuk Kerajaan Perpaduan stabil – Fadillah

ByRegina Lee

KUCHING, 6 Mei: Agenda utama Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada ketika ini ialah untuk mewujudkan keadaan kerajaan yang stabil serta mengetepikan isu politik, tegas Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurut beliau, GPS menumpukan kepada kestabilan Kerajaan Perpaduan yang akan mendorong kepada pemulihan ekonomi negara serta kebajikan rakyat Malaysia seperti yang dititah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Ketepikan politik, sekarang ini ialah tumpuan kepada membangunkan negara kita, memulihkan ekonomi negara kita dan membantu rakyat.

“Ini tidak akan dapat berlaku kalau kita masih berpolitik, sebab itu kita mahu memastikan Kerajaan Perpaduan ini akan terus kekal stabil di peringkat kerajaan,” katanya.

Ahli Parlimen Petra Jaya itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Ramah Tamah Aidilfitri 2023 anjuran Persaudaraan Masjid, Bintangor dan Haji Taha (MBHT) di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, beliau menegaskan parti komponen yang membentuk kerajaan ini diingatkan untuk menjaga sensitiviti masing-masing dalam berpolitik dan menghormati sokongan daripada setiap lapisan masyarakat, tidak mengira sektor politik.

Ini ujarnya agar pembangunan berterusan terhadap ekonomi negara ini akan dapat dilaksanakan.

“Semua parti seharusnya memberi tumpuan terhadap perkara ini, jangan libatkan diri dalam politik dan jaga sensitiviti antara semua komponen parti yang membentuk kerajaan ini.

“Di peringkat pembangkang, jadilah pembangkang yang konstruktif, yang memberi teguran yang konstruktif pada kerajaan supaya kita dapat pastikan betul-betul pemulihan ekonomi negara ini akan tercapai dan bantuan kepada rakyat akan dapat diberi tumpuan,” ujar beliau.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini tidak menolak wujudnya konspirasi untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan, namun menegaskan ia sebagai tidak berasas.

Namun menurut beliau empat parti politik utama Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) adalah cukup kuat dan berupaya untuk menangkis komplot menjatuhkan kerajaan selain sudah menyatakan komitmen untuk mempertahankan Kerajaan Perpaduan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan