Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian. foto: Zaim Zharfan (TVS).

Sarawak berusaha tambah baik sistem penempatan jururawat

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 5 Mei: Sarawak kini berusaha menambahbaik nisbah jururawat kepada pesakit sebagai inisiatif menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pesakit, kata Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian.

Beliau mendedahkan ketika ini kerajaan negeri sedang bekerja rapat dengan Kerajaan Persekutuan berhubung tuntutan terhadap hak autonomi kesihatan segera diserahkan kepada Sarawak.

“Jururawat di Sarawak agak ketinggalan berbanding purata negara dari segi kadar kematian.

“Kita (Sarawak) tidak mempunyai begitu ramai jururawat dan kita juga menghadapi lebih banyak cabaran di mana-mana dari segi jarak dan kemudahan,” katanya kepada pemberita pada sidang media selepas menyempurnakan Persidangan Antarabangsa Hari Bidan 2023 (IMDC 23) di sini, hari ini.

Menurut beliau penyerahan hak autonomi kepada Sarawak itu nanti membolehkan usaha penempatan bagi mengekalkan golongan profesional yang berkelayakan itu akan berjalan lancar.

“Ramai yang membuat permohonan penempatan ke Sarawak tetapi bukan di Semenanjung Malaysia. Namun setelah mendapat tempat di sini, mereka mula membuat rayuan untuk pertukaran tempat.

“Jika anda tidak mahu bertugas di Sarawak, lalu mengapa anda membuat permohonan ini? Inilah sebab mengapa kami (Sarawak) ingin hak autonomi (kesihatan) dalam hal ehwal sumber manusia,” tegasnya.

Dengan hak autonomi ini, Dr Sim berkata ia memudahkan Sarawak berhubung dengan jumlah jawatan yang diluluskan sekali gus dapat menempatkan individu yang lebih layak.

Dalam masa sama, beliau berkata dalam ucapannya, nisbah bagi jururawat kepada pesakit di Sarawak adalah sebanyak 1:242. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan