Search
Close this search box.
Seramai 20 orang rakyat Indonesia mangsa penipuan oleh ejen pekerjaan yang ditahan di Myanmar disyaki merupakan perdagangan manusia.

Renjatan elektrik, berlapar lima hari antara seksa tahanan Indonesia di Myanmar

ByTVS

JAKARTA, 3 Mei: Diseksa dengan renjatan elektrik selain terpaksa berlapar selama lima hari antara derita 20 rakyat Indonesia selepas menjadi mangsa tawanan sindiket ‘keldai scammer’ di Myanmar.

Menurut perkongsian salah seorang ahli keluarga mangsa kepada TVS, ada dalam kalangan mangsa turut berdepan dengan pengalaman ngeri iaitu empat daripadanya telah dijual kepada syarikat lain.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. 12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan – PM Anwar
  2. 2. Dua warga Sarawak antara 20 rakyat Malaysia terkandas di Kemboja
  3. 3. EKSKLUSIF : Temu bual TVS dengan rakyat Malaysia jadi hamba abdi di Kemboja

Risau akan keselamatan sepupunya di sana, salah seorang ahli keluarga mangsa, Rosa mendedahkan pihaknya sudah membuat laporan rasmi kepada Kementerian Luar Negara Indonesia (Kemlu) ekoran tidak dapat lagi menghubungi ahli keluarganya yang ditawan.

“Kita sudah memohon pihak kerajaan untuk berusaha membantu membawa mangsa pulang ke tanah air,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Bahkan menurut Rosa, dirinya turut diberitahu terdapat juga rakyat negara lain seperti Malaysia, Filipina dan India turut ditahan bersama sepupunya.

Pihak Kemlu melalui jurucakapnya, Teuku Faizasyah mendedahkan Kemlu telah menghantar nota diplomatik kepada pihak kerajaan Myanmar berhubung kes berkaitan.

“Kes ini merupakan isu perdagangan manusia, mereka menjadi mangsa dari sindiket dan kami memberi perhatian penuh ke atas kes ini yang selepas ini kami akan mencadangkan isu ini ke rantau ASEAN agar pada masa hadapan tiada lagi kes seperti ini,” jelasnya.

Teuku turut menyebut pemerdagangan manusia merupakan antara isu utama yang akan dibincangkan pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 2023 yang dipengerusikan oleh Indonesia dan akan menggesa pemimpin ASEAN memberi perhatian yang besar mengikut jumlah kes di rantau ini semakin meningkat.

“Inisiatif ini perlu pengukuhan sebagai upaya bersama dalam memerangi jenayah itu bagi memberikan penyelesaian yang bermula dari peringkat pengesanan, pencegahan, perlindungan, penghantaran pulang, pemulihan dan menangani punca masalah termasuk kejadian ini cukup membimbangkan bagi rantau,” tegasnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan