Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) berkata kraf Sarawak merupakan gambaran identiti dan warisan budaya Sarawak yang terdiri daripada 31 etnik. Foto fail: STB

Demonstrasi sulam keringkam, tenun pua kumbu pada Minggu Kraf London

ByRadzi Ahmad

KUCHING, 3 Mei: Demonstrasi menyulam keringkam, menenun pua kumbu dan membuat bakul serta manik akan dipertontonkan kepada para pengunjung Minggu Kraf London 2023 di Malaysia Hall, London.

Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menerusi kenyataan hari ini berkata keunikan kraf dari Sarawak itu akan dipersembahkan oleh Shirley Vilin, Ros Salleh, Senia Jugi dan Helena David Kalum pada 6 hingga 14 Mei ini.

Penyertaan Sarawak dalam pameran itu bertujuan mempromosikan tradisi kraf Malaysia yang pelbagai, termasuk kraf tangan Sarawak yang menjadi lambang warisan budaya dan etnik.

Delegasi Sarawak menyertai pameran itu susulan pembabitan Malaysia di bawah naungan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Kehadiran Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg ke pameran itu juga akan mengukuhkan komitmen kerajaan Sarawak dalam mempromosikan warisan budaya dan reputasi Sarawak sebagai destinasi kraf terkemuka.

Sehubungan itu, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pihaknya amat gembira apabila berpeluang mempamerkan keunikan kraf Sarawak pada peringkat antarabangsa.

“Sebagai satu pintu masuk ke Borneo, seni dan kraf Sarawak merupakan gambaran identiti dan warisan budaya Sarawak yang terdiri daripada 31 kumpulan etniknya. 

“Kraf Sarawak benar-benar unik kerana kemahiran penggiatnya yang menguasai teknik konvensional dan kontemporari,” katanya menerusi kenyataan yang sama.

Keunikan kraf Sarawak juga telah mendapat pengiktirafan antarabangsa, malah Kuching dianugerahkan gelaran ‘Bandar Kraf Dunia’ oleh Majlis Kraf Dunia (WCC) pada 2019.

STB berkata lagi, penyertaan Sarawak dalam Minggu Kraf London 2023 bertujuan untuk memanfaatkan pengiktirafan ini dan memperkasakan rantau ini sebagai pusat kecemerlangan budaya.

Minggu Kraf London dijangka menarik lebih 3,000 pengunjung antarabangsa. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan