Search
Close this search box.
Dadah syabu yang dirampas pihak polis daripada suspek. Foto: PDRM.

Lelaki diberkas miliki syabu

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 30 April: Seorang lelaki diberkas kerana memiliki dadah syabu seberat 6.64 gram dalam satu serbuan pihak polis di sebuah rumah di Lorong Rubber Barat di sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Merbin Lisa berkata, bertindak atas maklumat, serbuan dilakukan Ketua Balai Satok bersama anggota pada jam 11 malam.

“Hasil pemeriksaan di dalam poket seluar suspek berusia 28 tahun telah menjumpai 13 keratan tiub straw yang mana sebanyak enam tiub berwarna oren dan perak serta tujuh tiub lutsinar berjalur merah masing-masing berisi ketulan hablur kristal disyaki syabu.

“Anggaran nilai rampasan kesemua dadah ialah RM664, malah suspek juga didapati positif methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek yang mempunyai enam rekod lampau kesalahan dadah direman selama tiga hari hingga 2 Mei ini.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39A(1) yang membawa kepada penjara tidak kurang dari dua tahun dan sebatan tidak kurang dari tiga kali sebatan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang berbentuk denda tidak lebih daripada RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada dua tahun. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan