Search
Close this search box.
Timothy (berbaju ungu) dan Shawn (dua dari kiri) merakam kenangan bersama ahli keluarga selepas menyertai larian. Foto: TVS.

Jangan malu ada anak autisme – Billy

KUCHING, 30 April: Ibu bapa yang mempunyai anak autisme tidak harus berasa malu sebaliknya menghantar mereka ke pusat atau sekolah yang boleh membantu perkembangan diri, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang. 

Beliau yang juga mempunyai seorang anak autisme berkata, antaranya sekolah bagi kanak-kanak istimewa anjuran Persatuan Bagi Kebajikan Kanak-Kanak Terencat Akal Sarawak (PERKATA).

Billy (berbaju pink) dan Dr Catherine (dua dari kiri) ketika memberikan ucapan penutupan Bunny Autism Run 2023. Foto: TVS.

“Jangan malu jika kita mempunyai anak kurang upaya atau autisme kerana di Kuching kita mempunyai beberapa pusat terapi terbaik yang mampu membantu perkembangan anak-anak ini.

“Saya sendiri menghantar anak saya ke sekolah PERKATA dan selepas menghantar anak saya, saya dapati anak saya kini boleh membaca dan menulis dengan baik. Ibu bapa yang menyorok anak mereka di rumah kerana malu dengan masyarakat akan menyebabkan perkembangan anak autisme mereka terbantut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di penutupan acara amal Bunny Autism Run 2023 anjuran Persatuan Autistik Kuching di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pagi tadi.

Hadir sama Presiden Persatuan Autistik Kuching, Dr. Catherine Chen dan Ahli Jawatakuasa Pelaksana, Stephanie Goh.

Sementara itu, salah seorang bapa kepada kanak-kanak autisme yang ditemui TVS, Timothy Darry dari Kuching berkongsi pengalaman beliau apabila menyedari anaknya Shawn Micheal menghidap autisme.

“Sewaktu saya menonton sebuah filem lakonan Bratt Pitt, saya dapati watak autisme yang dibawakan olehnya mempunyai persamaan dengan kelakuan anak saya.

“Kami sekeluarga kemudian membawa Shawn untuk melakukan pemeriksaan dan doktor mengesahkan anak saya menghidap autisme,” katanya.

Bapa kepada tiga anak berusia 38 tahun ini tetap berbangga walaupun salah seorang anaknya dilahirkan menghidap autisme.

“Jangan putus asa sekiranya mengetahui anak kita menghidap autisme, yang paling penting adalah penerimaan dan teruskan terapi untuk anak,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan