Search
Close this search box.
Atlet para renang negara, Brenda Anellia Larry. Foto: Bernama.

Brenda Anellia raih emas Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 April: Atlet para renang negara, Brenda Anellia Larry meraih pingat emas menerusi acara 150 meter (m) rampaian individu wanita pada hari pertama Kejohanan Siri Dunia Renang Para Singapura 2023 di Pusat Akuatik OCBC, semalam.

Menurut laman web kejohanan https://www.titanium-sportservice.de/, atlet berusia 18 tahun yang beraksi dalam kategori SM 1-4 (kecacatan fizikal) itu mencatatkan masa 4 minit 13.63 saat (s) sekali gus mengenepikan cabaran atlet Brazil, Susana Schnarndorf yang merekodkan 5:19.35s.

Pertandingan tersebut hanya disertai Brenda dan Susana.

Mengikut format pertandingan, hanya Brenda yang menerima pingat apabila acara terbabit kurang daripada tiga peserta menyertainya.

Kejohanan Siri Dunia Renang Para 2023 di Singapura berlangsung hingga esok (1 Mei). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan