Search
Close this search box.
Erdy Izwan Sohardi dari Samarahan memakai baju dari karakter permainan video Luigi dari Mario Brothers bergambar selepas menamatkan larian bersama rakan-rakan. Foto: TVS.

Berjaya kumpul dana RM100,000

KUCHING, 30 April: Larian Amal Bunny Autism Run 2023 yang diadakan di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pagi tadi berjaya mengumpul dana berjumlah RM100,000 bagi membiayai operasi tahunan Pusat Latihan Pendidikan dan Vokasional Persatuan Autistik Kuching.

Jumlah tersebut termasuk tambahan sebanyak RM10,000 yang turut diterima penganjur apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Opar, Billy Sujang menyatakan komitmen beliau untuk memberikan sumbangan tambahan kepada persatuan tersebut.

Baca artikel berkaitan:

  1. 1. Jangan malu ada anak autisme – Billy
  2. 2. NASOM dan TikTok bekerjasama tingkatkan kesedaran masyarakat terhadap autisme

Billy yang juga mempunyai anak autisme aktif dalam larian amal anjuran pelbagai Badan Bukan Kerajaan (NGO) sejak tahun 2017.

“Selepas pembedahan jantung saya pada bulan November 2016, doktor meminta saya berlari secara sederhana untuk mengaktifkan jantung saya.

“Saya menyertai Larian Amal Autisme pertama pada tahun 2017 sejauh lima kilometer dan berterusan sehingga larian terakhir saya pada bulan March 2020 sebelum pandemik COVID-19 melanda,” katanya.

Dalam ucapan sama Billy turut mengingatkan orang ramai untuk sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan menyertai pelbagai larian amal yang dianjurkan NGO sekitar Kuching.

Sebahagian dari peserta larian yang sempat dirakam lensa TVS. Foto: TVS.

Larian Amal Bunny Autism Run 2023 yang berlangsung pagi tadi menyaksikan lebih 2,000 peserta larian menyertainya dengan memakai baju berwarna pink termasuk yang hadir dengan memakai pakaian beragam.

Jumlah ini tidak termasuk 70 peserta larian yang mengidap autisme terdiri dari kanak-kanak, golongan remaja dan dewasa

Selain menyambut bulan Kesedaran Autisme Sedunia yang jatuh pada bulan April, penganjuran larian amal tersebut juga bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai autisme di kalangan penduduk Kuching.

Larian amal tersebut turut mendapat penajaan dari pelbagai pihak, antaranya 38 Yayasan Amal Cinta, Lee Onn Construction Sdn Bhd dan I-Metal Sdn Bhd. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan