Sarjan wanita cedera dilanggar lelaki kejar ibu mentua

CHUKAI, 30 April: Seorang anggota polis wanita cedera parah di bahu selepas motosikalnya dilanggar sebuah kereta yang dipandu secara berbahaya oleh seorang lelaki ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, hari ini.

Dengar suara anak muda dalam persatuan

MIRI, 30 April: Persatuan-persatuan kaum dinasihatkan memberi ruang dan peluang anak-anak muda bersuara bagi menyampaikan pendapat sebagai cara memastikan persatuan mereka kekal relevan dan mengangkat martabat bangsa mereka lebih tinggi.