Search
Close this search box.
Menteri Kesihatan, Dr.Zaliha Mustafa. Foto: TVS

Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus – Dr Zaliha

ByTVS

KOTA KINABALU, 28 April: Kes batuk kokol di Sabah meningkat 986 peratus sejak Januari lepas, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Menurutnya, sebanyak 76 kes batuk kokol atau nama saintifiknya “pertussis” direkodkan berbanding tahun lepas hanya tujuh kes.

“Daerah Kota Kinabalu merupakan daerah rekod jumlah kes tertinggi iatu 20 kes diikuti Lahad Datu (16), Tawau (15), Putatan (lapan) dan masing-masing empat kes di Semporna dan Papar.”

“Daerah kunak dan Tambunan merekodkan tiga kes dan kinabatangan serta Tuaran masing-masing mencatatkan satu kes,” Katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri sesi town hall kertas putih kesihatan di Kompleks Kerajaan Persekutuan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, pada Jumaat.

Dalam pada itu katanya, hanya satu kes direkodkan dan 41 kes melibatkan warganegara tempatan, 27 Filipina dan lapan kes melibatkan warga Indonesia.

Sebelum ini tular sebuah video di laman sosial berkaitan pengumuman penularan batuk kokol di sebuah daerah di Sabah baru-baru ini.

Sementara itu, Dr Zaliha turut menasihatkan ibu bapa agar kekal berwaspada dan membawa anak-anak ke hospital untuk mendapatkan rawatan sekiranya mereka mempunyai simptom gejala itu.

“Jadi kalau perlu rawatan seterusnya maka kanak-kanak tersebut perlu dirawat di hospital tersebut dan boleh diperiksa apabila doktor laksanakan pemantauan terhadap kanak-kanak tersebut,” katanya. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan