Search
Close this search box.
Dr Zaliha Mustafa dan Dato Sri Dr Sim Kui Hian selepas sidang media sempena sesi pembentangan dan dialog mengenai Kertas Putih Kesihatan di Kuching, hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS)

Kertas Putih Kesihatan dijangka dibentangkan di Parlimen Jun ini – Dr Zaliha

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 27 April: Kertas Putih Kesihatan, dokumen yang bertujuan mengukuhkan sistem kesihatan negara secara menyeluruh dijangka dibentangkan di Parlimen pada Jun ini.

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata setelah dipersetujui ia akan dikongsikan kepada umum melalui pelbagai platform.

“Kami mengalu-alukan pandangan dan input dari orang ramai terhadap Kertas Putih Kesihatan melalui laman sesawang rasmi (https://moh.gov.my/kertasputihkesihatan) yang disediakan,” katanya pada sidang media sempena sesi pembentangan dan dialog mengenai Kertas Putih Kesihatan di Hospital Umum Sarawak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Premier Sarawak Dato Sri Dr Sim Kui Hian dan Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni.

Menurutnya, Kertas Putih Kesihatan telah dirangka dengan mengambil kira maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh termasuk rakyat untuk memastikan ia bersifat holistik dan inklusif.

Dokumen ini menggariskan empat tonggak dan lima belas strategi reformasi kesihatan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Antara tonggak yang dicadangkan adalah memfokuskan penyampaian perkhidmatan kesihatan, memperkukuhkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit, memastikan pembiayaan kesihatan yang mampan dan saksama serta memperkukuhkan asas sistem kesihatan dan tadbir urus.

“Kertas Putih Kesihatan ini diharapkan dapat menyediakan sistem perkhidmatan kesihatan yang lebih adil, berkualiti tinggi, mudah dicapai dengan kos berpatutan dan mampan untuk jangka masa panjang bagi memenuhi keperluan kesihatan rakyat,” jelas Dr Zaliha. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan