Search
Close this search box.
Warganegara Indonesia yang berjaya dibawa keluar dari Khartoum, Sudan dan tiba di Jeddah melalui laut dalam misi pemindahan yang dilakukan oleh Kemlu. Foto: Kemlu RI

Semua rakyat Indonesia berjaya keluar dari Khartoum, Sudan

ByTVS

JAKARTA, 26 April: Misi menyelamat rakyat Indonesia keluar dari Khartoum, Sudan berhasil apabila seluruh rakyatnya berjaya dipindahkan.

Kementerian Luar Negara Indonesia (Kemlu) melaporkan usaha membawa warganegara Indonesia dilaksanakan secara dua fasa telah berjaya iaitu pada fasa pertama telahpun tiba di Jeddah, sementara di peringkat kedua dilaporakan telah sampai di Port Sudan sementara menunggu dibawa ke Jeddah.

Misi pemindahan ini turut dibantu pihak kerajaan Arab Saudi yang memberikan kapal untuk membawa dari Port Sudan. Foto: Kemlu RI

Menterinya, Retno Marsudi mengatakan proses pemindahan fasa pertama dan kedua menggunakan tujuh buah bas dari Khartoum City melalui Atbara seterusnya ke Port Sudan City meneruskan perjalanan melalui laut ke Pelabuhan Jeddah.

“Dengan pemindahan fasa kedua ini, 897 warga Indonesia telah dipindahkan dari Khartoum City kemudian setibanya di Jeddah, mereka akan berehat dan akan dikembalikan secara berperingkat ke Indonesia,” katanya menerusi satu kenyataan.

Misi kali ini telah menambah jumlah keseluruhan rakyat Indonesia yang direkodkan dan dikemas kini oleh pihaknya ialah 937 orang iaitu 897 daripadanya termasuk dalam misi pemindahan dua peringkat, sementara yang lain ada yang telah berpindah secara sendiri ataupun memilih untuk tinggal kerana alasan berkeluarga.

Misi pemindahan ini turut dibantu pihak kerajaan Arab Saudi yang menyediakan kapal untuk membawa mereka keluar dari Pelabuhan Sudan.

Seterusnya mangsa akan dibawa ke Indonesia secara berperingkat dalam masa terdekat.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan