Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg serta isteri, Datuk Amar Juma’ani Tuanku Bujang serta tteamu Kehormat lain merakam kenangan ketika berkunjung ke kediaman Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Ripin Lamat. Foto: TVS

Premier Sarawak beraya di Miri pada Hari Raya Aidilfitri kelima

MIRI, 26 April: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri, Puan Sri Datuk Amar Juma’ani Tun Tuanku Bujang meneruskan kunjungan Hari Raya Aidilfitri di Miri hari ini untuk menziarahi rumah terbuka pemimpin di sini.

Kediaman Timbalan Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat di Jalan Airport Miri merupakan lokasi pertama kunjungan beliau sekitar jam 11.20 pagi tadi.

Kediaman Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni menutup tirai kunjungan Aidilfitri beliau di Miri. Foto: TVS

Sejurus itu, kunjungan beliau diteruskan ke kediaman Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kanak-Kanak serta ADUN Bekenu, Datuk Rosey Yunus di Taman Bumiko.

Abang Johari turut meluangkan masa mengunjungi kediaman bekas ADUN Lambir, Dato Usop Sani Wahap di Jalan Pujut dan Temenggong Dato Abdul Rahman Fadzail di Jalan Piasau Jaya.

Seterusnya kediaman Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia merangkap Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni di Jalan Bakam Miri menutup tirai kunjungan Aidilfitri beliau di sini.

Turut mengiringi Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Julaihi Narawi, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen Dan Pemantauan Projek), Datuk Gerawat Gala, ADUN Pujut, Adam Yii Siew Sang dan ADUN Telang Usan, Dennis Ngau.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan