Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Malaysia digesa menggunakan hubungan dua hala dengan China sebagai jalan penyelesaian kepada isu pertikaian Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Laut China Selatan terutamanya melibatkan kegiatan cari gali. Foto: Bernama.

Pendekatan diplomatik Malaysia-China, langkah selesai isu pertikaian EEZ

ByAmirah Shawel

KUCHING, 26 April: Kerajaan Malaysia disaran menggunakan pendekatan diplomatik dalam hubungannya dengan negara China berhubung isu pertikaian Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) di Laut China Selatan terutamanya melibatkan kegiatan cari gali.

Penganalisis ekonomi, Prof Emiritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid berpendapat bahawa hubungan dua hala rasmi merupakan jalan terbaik bagi menyelesaikan isu dengan negara kuasa besar tersebut.

Penganalisis ekonomi, Prof Emiritus Datuk Dr Zakariah Abdul Rashid.

“Malaysia merupakan negara kecil dari segi ekonomi dan ketenteraan berbanding mereka. Apa yang perlu dilakukan ialah memastikan tekanan daripada China tidak menghalang aktiviti cari gali di zon tersebut,” katanya ketika dihubungi TVS, hari ini.

Kerajaan juga menurutnya perlu bertindak meyakinkan negara itu untuk menarik semula tuntutan ke atas zon tersebut sebagai wilayah mereka, seterusnya, menghapuskan tekanan terhadap penerokaan minyak dan gas di kawasan berkenaan, terutamanya di luar Sarawak.

Dr Zakariah mendedahkan aktiviti-aktiviti cari gali akan terjejas dan terganggu sekiranya China bertindak menghalang sebarang kegiatan di zon tersebut di masa akan datang.

Namun begitu, ujarnya tindakan negara tembok besar itu tidak akan membekukan pertumbuhan ekonomi negera.

Sementara itu, Pengarah Program Asia Tenggara dan Inisiatif Ketelusan Maritim Asia di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa AS (CSIS), Greg Poling memaklumkan Lapangan Gas Kasawari khususnya telah menerima tekanan sama daripada kapal China seperti tapak penggerudian lain di Laut China Selatan.

Menurut Poling, kapal-kapal negara itu sengaja mengambil risiko memasuki perairan negara bagi menekan syarikat-syarikat terlibat tidak mengambil kontrak perkhidmatan pelantar.

Sebelum ini pada 2021, bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah menjangkakan lebih banyak kapal China akan menceroboh kawasan itu selagi ia terus dibangunkan oleh syarikat tenaga, Petronas.

Manakala, Pensyarah Ekonomi Sunway University yang juga ahli jawatankuasa penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Yeah Kin Leng sebelum ini berkata Kasawari membentuk 10 peratus daripada rizab petroleum Malaysia.

Medan minyak itu menjadi aset utama dalam memenuhi keperluan tenaga domestik selain mengekalkan pendapatan eksport minyak dan gas negara. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan