Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas(tiga,kiri) bersalaman dengan orang ramai ketika menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilftiri Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Negeri Sarawak. Foto: TVS

JPBNS tunggu keputusan rasmi KKM syor pelajar sekolah pakai pelitup muka

KUCHING, 26 April: Sarawak masih menunggu keputusan rasmi berhubung cadangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengesyorkan pemakaian pelitup muka dilaksanakan semula di semua sekolah.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata perkara itu akan diambil kira sebelum sebarang keputusan ditetapkan dan dilaksanakan di Sarawak.

“Kita sedang menunggu keputusan dari Kuala Lumpur (berhubung penggunaan pelitup muka), selepas itu Jawantankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan berbincang mengenainya.”

“Kita juga perlu menilai semua keadaan dan situasi semasa kerana ketika ini jumlah kes (COVID-19) di Sarawak masih terkawal dan rendah,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi JPBNS berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai cadangan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa agar pemakaian pelitup muka di sekolah sebagai mandatori.

Dalam pada itu, Uggah turut berharap jumlah kes di negeri ini akan terus berapa pada tahap yang rendah dan terkawal.

Dalam perkembangan sama, Uggah turut mengingatkan rakyat agar sentiasa menjaga kesihatan dan kebersihan sendiri termasuk mendapatkan rawatan segera di hospital atau klinik jika mengalami tiga simptom utama.

“Jika anda mengalami gejala demam, selesema, pergi ke hospital atau klinik dengan segera, jangan rawat ia seperti selesema biasa kerana anda mungkin dijangkiti COVID-19.

“Kita sekarang sudah mempunyai ubat khas COVID-19 yang diberikan secara percuma kepada pesakit mengikut kriteria ditetapkan, jangan tunggu sehingga mengalami kesan teruk, baru nak pergi ke klinik,” tegasnya.

Terdahulu beliau menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilftiri Ketua Setiausaha Politik Premier Sarawak merangkap ADUN Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Negeri Sarawak di sini yang dihadiri lebih 5,000 orang rakyat Sarawak. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan