Search
Close this search box.
Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah merakamkan kenangan bersama Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Petra Jaya, Kuching hari ini. Foto: TVS

JKM wujud pangkalan hadapan musim kemarau – Fatimah

KUCHING, 26 April: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak akan mewujudkan pangkalan hadapan buat julung kali bagi menghadapi musim kemarau yang dijangka melanda negeri ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata pangkalan itu akan ditempatkan di kawasan yang mempunyai sejarah putus bekalan air selain di sekitar penempatan rumah panjang.

“Persiapan JKM untuk musim kemarau ini ialah menyediakan bekalan air iaitu air tangki dan air botol. Biasanya untuk air minuman adalah minuman dalam botol.”

‘Sekiranya ada kawasan putus bekalan air disebabkan cuaca panas, JKM yang mendapat laporan daripada ketua masyarakat atau pemimpin akan melakukan penghantaran air botol dan kadar yang diberikan adalah 12 botol seorang untuk kadar seminggu.”

“Sekiranya kemarau berlanjutan, bekalan air minuman dalam botol akan dihantar sekali lagi. Jika bekalan air paip menjadi kering disebabkan kemarau, maka Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) akan melakukan penghantaran air dalam tangki,” katanya ketika ditemui pemberita di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya di Petra Jaya, pada Rabu.

Pada masa yang sama, beliau memberitahu pangkalan hadapan dilaksanakan pertama kali untuk musim panas ini sebagai inisiatif bagi membantu kawasan ‘panas’ kemarau yang terjejas berterusan.

“Pertama kalinya kita mewujudkan pangkalan hadapan untuk air.”

“Objektifnya adalah untuk memastikan penghantaran air yang pantas sekiranya terputus bekalan air disebakan kemarau bagi lokasi yang mempunyai sejarah putus bekalan air dan kawasan yang bergantung kepada tadahan air hujan,” katanya lagi.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Professor Dato Sri Dr Sim Kui Hian serta Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Mohammad Razi Sitam.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan