Search
Close this search box.
Anggota bomba sedang menjalankan operasi pemadaman di lokasi kejadian. Foto: BBP Sungai Merah

18 penghuni tinggal sehelai sepinggang, rumah musnah terbakar

SIBU, 26 April: Seramai 18 orang penghuni yang tinggal di Lorong 3B, Kampung Bahagia Jaya di sini tinggal sehelai sepinggang selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, petang tadi.

Kejadian jam sekitar 3.30 petang itu, mengakibatkan rumah dua tingkat tidak kekal itu musnah hampir 100 peratus.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu Penguasa Kanan Bomba (PgKB 1), Addy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada jam 3.44 petang.

“Sepasukan 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah menaiki sebuah jentera FRT dan EMRS telah bergegas ke lokasi kejadian.

“Setiba di lokasi kebakaran mendapati sebuah rumah dua tingkat yang berkeluasan 20×30 kaki persegi jenis tidak kekal sedang dijilat api,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, operasi memadam kebakaran turut mendapat bantuan sebuah jentera bomba dengan lapan anggota dari BBP Sibu Sentral.

Andy berkata, kebakaran tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kehilangan jiwa.

“Operasi pemadaman selesai pada jam 5.01 petang,” ujarnya.

Sementara punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan Unit Penyiasatan Kebakaran JBOM Zon 4 Sibu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan