Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg(empat,kiri) menghadiri majlis rumah terbuka hari raya Aidilfitri di kediaman Datuk Amar Jamilah Anu di Santubong pada Isnin. Foto: TVS

Taekwondo bakal dipertandingkan di SUKMA 2024 Sarawak

KUCHING, 25 April: Teakwondo antara 26 sukan yang akan dipertandingkan dalam temasya Sukan Malaysia 2024 Sarawak, kata Presiden Persatuan Taekwondo Malaysia (WTF), Azizul Annuar Adenan.

Ia berdasarkan keputusan yang dipersetujui dalam Mesyuarat Pertama Penyelarasan SUKMA 2024 Sarawak yang diadakan pada bulan lalu.

“Sekiranya kita melihat kepada keputusan mesyuarat pertama penyelarasan penganjuran SUKMA 2024 sukan taekwondo merupakan salah satu daripada 26 sukan yang akan dipertandingkan.

“Ia melibatkan beberapa faktor penting, pertama teakwondo adalah salah satu daripada Sukan Olimpik dan sukan yang ada prospek untuk negara sebab itu ia dimasukkan kembali,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di kediaman Datuk Amar Jamilah Anu di Santubong pada Isnin.

Katanya, mesyuarat tersebut turut dihadiri Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC) serta Majlis Sukan Negeri Sarawak selain pemegang taruh berkaitan.

Dalam pada itu Azizul berkata pihaknya mahu sukan taekwondo dimasukkan semula dalam Program Podium dan sukan teras khususnya untuk SUKMA.

Sukan taekwondo jelasnya sebelum ini digugurkan dari program sukan teras yang ternyata memberi kesan kepada pembanguan atlet akar umbi.

“Selepas ini kita mengharapkan agar taekwondo dimasukkan kembali ke dalam program sukan teras seperti sebelum ini.

“Tetapi ia digugurkan dan kami harapkan ia akan dikembalikan dalam program podium dan sukan teras,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan