Search
Close this search box.
Seorang lelaki dipaksa memasuki sebuah kereta secara kasar oleh beberapa individu berdekatan Terminal Bas Shahab Perdana di sini semalam. Foto: PDRM

Insiden culik tular, seorang suspek diberkas

ByTVS

ALOR SETAR, 25 April: Polis menahan seorang suspek yang disyaki terbabit dalam kejadian seorang lelaki yang dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta secara kasar di hadapan sebuah hotel berdekatan Terminal Bas Shahab Perdana di sini.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner (ACP) Ahmad Shukri Mat Akhir, suspek lelaki berusia 43 tahun itu dicekup hari ini selepas bapa mangsa membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira pukul 6.30 petang semalam katanya sebelum bapa mangsa dimaklumkan berhubung kejadian tersebut oleh rakan mangsa.

Ahmad Shukri memberitahu bapa mangsa berusia 46 tahun bergegas ke lokasi kejadian dari rumahnya di Taman Wira, Mergong namun mangsa telah dilarikan.

“Dalam kejadian itu, lelaki berusia 27 tahun tersebut dipaksa masuk ke dalam sebuah kereta oleh tiga lelaki dan seorang wanita.

“Kejadian itu sempat dirakam seorang saksi yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ahmad Shukri lagi, mangsa telah dibebaskan oleh suspek dan pihak polis sedang mencari lelaki itu bagi siasatan lanjut.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kita turut mengesan individu lain yang terlibat,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, terdahulu sebuah video berdurasi kira-kira 42 saat yang memaparkan kejadian itu yang seolah-olah insiden penculikan tular di media sosial.

Video tersebut memaparkan beberapa individu sedang memaksa seorang lelaki masuk ke bahagian tempat duduk penumpang belakang sebuah kereta dipercayai jenis Perodua Viva berwarna putih.

Mangsa dilihat meronta-ronta dan menjerit sebelum pintu kereta ditutup. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan