Search
Close this search box.
Pengerusi Shell Malaysia dan Naib Presiden Kanan Huluan Shell, Siti Sulaiman ketika ditemui media selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Shell di Hotel Hilton, hari ini. Foto: Mohammed Raffiq (TVS)

Shell Malaysia bakal hasil 750 juta kaki padu gas sehari bermula 2026

ByAmirah Shawel

KUCHING, 24 April: Shell Malaysia bakal mengeluarkan sebanyak 750 juta kaki padu gas standard sehari bermula 2026 di bawah projek gas Rosmari-Marjoram.

Pengerusi Shell Malaysia dan Naib Presiden Kanan Huluan Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman berkata, gas yang dihasilkan akan dibekalkan secara berterusan ke Malaysia LNG (MLNG) bagi menghasilkan gas asli cecair (LNG).

“Projek pembangunan bersepadu ini akan menghasilkan gas dari luar pantai Sarawak, kemudiannya dibekalkan ke stesen di Bintulu dan seterusnya ke MLNG untuk menghasilkan LNG. Ini adalah antara projek terbesar yang dikendalikan Shell Malaysia dalam negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Rumah Terbuka Hari Raya anjuran Shell di Hotel Hilton, Kuching hari ini.

Mengulas mengenai pembangunan semasa projek tersebut, katanya kerja-kerja pembersihan tapak dan pemasangan cerucuk besi telah pun dimulakan dan dijangka siap menjelang 2026.

Projek gas Rosmari-Marjoram adalah loji gas darat, dengan infrastruktur yang merangkumi salah satu saluran paip luar pesisir gas masam basah terpanjang di dunia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan