Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah. Foto: Awang Azmil

Sarawak laksana program kesedaran kelestarian alam sekitar

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 April: Sarawak akan memperkasa program kesedaran berkaitan kelestarian alam sekitar dan kepentingan menstabilkan ekosistem negeri ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, usaha tersebut dimulakan dengan sektor pelancongan melalui inisiatif ‘Pelancongan Bertanggungjawab’.

Menurutnya, ia telah dimulakan pihaknya sebelum ini ketika penganjuran Rainforest World Music Festival yang mana penggunaan botol plastik tidak dibenarkan.

“Ia mengenai ‘Pelancongan bertanggungjawab’, semuanya menjurus kepada kelestarian. Untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar, kita dapat lihat ketika kita menganjurkan Rainforest World Music Festival, kita tidak benarkan botol plastik, ia menjurus kepada itu (kelestarian).

“Orang awam perlu dididik yang mana ia tidak dapat dilakukan sekelip mata. Proses tetap ada dan akan ada masanya nanti undang-undang perlu digubal untuk memastikan alam sekitar kita dalam keadaan yang baik,” katanya.

Abdul Karim ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Timbalan Menteri Di Jabatan Premier (Undang-Undang, Ma63 dan Perhubungan Negeri-Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di Wisma SABATI, di sini, hari ini.

Beliau mengulas tentang keperluan menggubal undang-undang di Sarawak untuk memastikan pencemaran dapat dikurangkan selari dengan sektor sumber tenaga hijau Sarawak.

Beliau tidak menafikan kepentingan undang-undang berkaitan alam sekitar untuk digubal, namun katanya, ia akan melalui proses yang lama.

“Ini proses yang panjang. Saya mengambil contoh, kalau kita lihat dulu pada tahun 70-an, masyarakat kita menggunakan ‘jamban terbang’ (tandas terapung) yang mana kesemua kotoran dilepaskan pada sungai Sarawak. Namun, sekarang tidak ada lagi yang seperti itu.

Ini adalah antara contoh yang ada. Sepanjang proses ini, barulah kita akan mula gubal beberapa undang-undang kecil berkaitan alam sekitar,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, Abdul Karim memberitahu Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) memainkan peranan penting dalam meneliti isu-isu berkaitan alam sekitar. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan