Search
Close this search box.
Tetamu menjamu selera di bahagian tengah Rumah Panjang Melanau. Foto: TVS

Sambutan ‘rare’ Aidilfitri di Rumah Panjang Melanau

MUKAH, 24 April : Sambutan Hari Raya di Rumah Panjang Melanau adalah sesuatu yang amat jarang diadakan namun acara itu bukan sahaja meriah tetapi ternyata menambahkan lagi keunikan sambutan Aidilfitri di Sarawak.

Acara lazimnya bermula dengan program bergotong royong menyediakan pelbagai juadah di rumah panjang untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang.

Biarpun berlangsung sederhana namun kemeriahan sambutan dan suasana rumah panjang selain kehadiran tetamu yang pelbagai latar belakang dan agama menjadikan Aidilfri di sini berbeza dengan tempat lain.

Ketua Kaum Kampung Sok, Nazzim Bahani berkata, program itu diadakan pada hari raya ketiga setiap tahun.

“Selain penduduk kampung, kita juga mempelawa kehadiran tetamu luar untuk memeriahkannya.

“Sambutan baik menyuntik semangat kita untuk meneruskan penganjurannya,” katanya.

Rumah Panjang Melanau Kampung Sok merupakan salah satu khazanah peninggalan penting masyarakat Melanau Sarawak yang masih wujud di dunia.

Majlis dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Integriti dan Ombudsman, Datuk Dr Juanda Jaya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan