Search
Close this search box.
Mohammad Ajib (kanan) yang dijumpai selamat menandatangani borang perakuan rawatan lanjut selepas menolak untuk dibawa ke Hospital Bintulu malam tadi. Foto: BBP Bintulu

Pengurus jenazah hilang dua hari ditemukan selamat

BINTULU, 23 April: Suasana suram sebuah keluarga pada hari pertama Aidilfitri kembali ceria selepas pengurus jenazah yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari buluh di Bukit Kemunting sejak Khamis lepas ditemukan selamat di sini, malam tadi.

Mohammad Ajib Junaidi, 30, dari Kampung Kemunting dijumpai di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) polis pada jam 8.15 malam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba Christus Buson berkata, mangsa yang berada dalam keadaan lemah kemudian dibawa pulang ke rumah keluarganya.

“Penemuan mangsa telah dimaklumkan oleh pihak polis di PKTK pada jam 8.45 malam. Sejurus itu, tiga anggota bomba dari Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) BBP Bintulu telah pergi ke rumah mangsa untuk kemas kini kes.

“Setibanya di rumah keluarganya, mangsa telah diberi rawatan awal oleh pihak bomba namun mangsa menolak untuk dibawa ke Hospital Bintulu untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, mangsa kemudian bersetuju untuk mengisi borang perakuan penolakan perkhidmatan rawatan pasukan EMRS JBPM (lampiran 3) sebelum pihak bomba bertolak balik ke balai.

Terdahulu, pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR) hari ke-3 di Bukit Kemunting terpaksa ditamatkan lebih awal sekitar tengah hari Sabtu kerana tiada tanda-tanda mangsa berada dalam kawasan yang dinyatakan.

Malah, seorang saksi iaitu kawan kepada abang mangsa menayatakan ada melihat mangsa menunggang motosikal di jalan raya tetapi tidak diketahui arah tujuannya selepas itu.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan