Search
Close this search box.
Aliran trafik menuju ke Plaza Tol Gombak dilihat gak sesak susulan orang ramai memulakan pergerakan untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan BERNAMA semalam. Foto: BERNAMA

Aliran trafik petang Hari Raya pertama perlahan

ByBernama

KUALA LUMPUR, 23 April: Aliran trafik pada 1 Syawal menyaksikan beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan setakat 5 petang semalam.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata, trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Sungai Buloh ke Rawang disebabkan kemalangan di kilometer (KM) 449.9 pada 1.25 tengah hari semalam.

“Trafik turut perlahan dari arah utara di Bandar Ainsdale ke Nilai susulan kemalangan di KM 264.7 pada 3.56 petang, namun hanya lorong kecemasan terhalang,” katanya.

Selain itu, aliran trafik dari Kuala Lumpur menuju Tol Gombak sesak dengan orang ramai yang memilih untuk memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman semalam.

LLM menerusi ciapan di Twitter memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) turut perlahan dari arah utara sebelum susur keluar Tol Kuala Terengganu sejak 2.54 petang semalam.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan