Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud dan isteri, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib. Foto: UKAS.

Aidilfitri: Tun Abdul Taib seru rakyat terus pelihara keharmonian Sarawak

ByOdleen Catherny

KUCHING, 22 April: Rakyat Sarawak perlu terus memelihara keamanan dan keharmonian di negeri ini, seru Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Tun Abdul Taib turut mengingatkan rakyat apa yang dinikmati sekarang ialah hasil daripada toleransi dan saling hormat menghormati dalam kalangan masyarakat berbilang kaum, budaya dan agama.

Kata beliau, ini merupakan keistimewaan di Sarawak yang patut dibanggakan.

“Pada masa yang sama, kita harus mengelakkan ekstremisme kaum dan agama dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum dan agama di sini.

“Kita harus memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Sarawak telah menjadi teladan bagi Malaysia, kita dapat meraikan kepelbagaian dan keunikan dalam semua perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Gawai Dayak, Krismas, Hari Wesak dan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri 2023.

Sementara itu, Tun Abdul Taib berkata, Sarawak juga telah menjadi contoh kerana negeri ini telah menubuhkan Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan sehubungan itu, keperluan agama orang Islam dan bukan Islam dijaga dengan baik.

“Kita semua harus berbangga dengan apa yang kita ada namun mesti menghargai dan memelihara khazanah unik ini, iaitu semangat perpaduan rakyat Sarawak,” katanya.

Justeru itu, beliau berharap semangat perpaduan dan keharmonian rakyat Sarawak akan terus kukuh untuk menuju ke arah masyarakat yang lebih maju menjelang 2030. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan