Search
Close this search box.
Parum dan warga BSPTD yang menyertai Ops Selamat 20 di Limbang. Foto: IPD Limbang

Ops Selamat di Limbang turut cegah jenayah pecah rumah pada Aidilfitri ini

LIMBANG, 21 April: OP Selamat 20 yang dilancarkan semalam tidak hanya tertumpu kepada kelancaran aliran trafik, tetapi juga membendung kejadian pecah rumah atau jenayah harta benda sempena Aidilfitri ini.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superintenden Parum Niot berkata fokus utama operasi ini adalah bagi memastikan kelancaran aliran trafik, meminimumkan kemalangan jalan raya, jaminan keselamatan harta benda dan premis kediaman.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD), Inspektor Jafri Junat menyerahkan risalah kepada pengguna jalan. Foto: IPD Limbang

“Fokus kita juga adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kejadian jenayah pecah rumah semasa perayaan,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Kata Parum antara langkah yang diambil dalam melaksanakan operasi tersebut adalah dengan mengedarkan risalah, advokasi, hebahan media dan orang awam khususnya warga daerah Limbang dan pengguna jalan raya agar mengambil langkah-langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian pecah rumah atau jenayah harta benda.

“Manakala pengguna jalan raya turut dinasihati agar memandu secara berhati-hati dan mengamalkan pemanduan berhemah,” katanya lagi.

Beliau turut menyarankan orang ramai yang ingin balik kampung agar mengisi borang balik kampung supaya pihak polis dapat menjalankan rondaan secara kerap di sekitar kawasan kediaman yang ditinggalkan.

Borang-borang tersebut katanya boleh didapati di balai-balai polis berdekatan, petugas di lapangan atau dengan mengisi maklumat menggunakan aplikasi VSP.

Op Selamat diadakan selama tujuh hari bermula 20 April hingga 27 April ini.

Turut diadakan Op Lancar yang bermula 18 hingga 19 April ini bagi memastikan kelancaran perjalanan sempena sambutan Aidilfitri 2023. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan