Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Keadaan kenderaan mangsa yang terjunam ke dalam sungai di tepi Jalan Serdeng. Foto: BBP Tanjung Manis

Doktor wanita berdepan detik cemas, kereta terjunam ke parit

MUKAH, 21 April : Seorang doktor wanita berdepan detik cemas selepas kereta Toyota Vios yang dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam parit di Jalan Serdeng dekat sini, hari ini.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Manis, Pegawai Bomba Kanan I Awang Busrah Awang Mostapha berkata, ketika kejadian pukul 10.40 pagi tadi, mangsa sedang dalam perjalanan menghala ke Sibu.

Bagaimanapun katanya, keadaan jalan yang tidak rata mengakibatkan kenderaan wanita itu hilang kawalan.

“Mangsa terselamat kerana berjaya keluar sendiri dari kenderaan itu,” katanya ketika dihubungi TVS.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.45 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi untuk menghulurkan bantuan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan