Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dato Henry Harry Jinep bersama Barisan Exco PDP Bahagian N.2 Tasik Biru. Foto: TVS

Corak pemikiran pengundi berbeza, ahli politik perlu pendekatan baharu – Henry

ByOdleen Catherny

BAU, 21 April: Ahli-ahli politik kini perlu pendekatan baharu untuk memahami corak pemikiran pengundi muda yang berbeza sesuai peredaran zaman, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru, Dato Henry Harry Jinep.

Katanya pendekatan baharu hendaklah membolehkan golongan itu terus menunjukkan sokongan ke atas kerajaan sedia ada pada Pilihan Raya Negeri (PRN)  yang akan datang nanti.

“Kita mahu mereka terus menyokong kerajaan pada masa ini, maksud saya kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk PRN kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat tritahunan Parti Demokratik Progresif (PDP) Bahagian N.2 Tasik Biru, di sini, pada Khamis.

Jelasnya lagi sebagai parti yang mewakili GPS di kawasan tersebut, ahli-ahli PDP hendaklah bekerjasama baik dengan ahli parti komponen GPS yang lain.

Dalam pada itu, Henry dilantik semula sebagai Pengerusi PDP N.2 Tasik Biru bagi penggal 2023-2026 pada mesyuarat yang diadakan di Dewan Suarah Bau terbabit.

Pelantikan itu menyaksikan penggal kedua beliau menerajui PDP di bahagian Tasik Biru.

Sementara jawatan Timbalan Pengerusi diamanahkan kepada Kaunselor Paul Nohan, Setiausaha, Jeinoster Toka dan Timbalan Setiausaha, Marthadaria Michael.

Selain itu, KK Michael William dipilih sebagai Bendahari dan Timbalannya, Kaunselor Wendy Earnest.

Henry berharap muka-muka baharu dalam Barisan Exco PDP Bahagian Tasik Biru kali ini akan mengukuhkan lagi kekuatan parti.

PDP Bahagian N.2 Tasik Biru mempunyai 3,224 ahli ketika ini berbanding 3,500 sebelumnya.

Bagaimanapun Henry menyasarkan untuk mencapai 5,000 ahli dalam tempoh satu hingga dua tahun.

“Sasaran kita adalah 5,000 dalam tempoh satu hingga dua tahun ataupun dua penggal ini jadi setiap ranting perlu merekrut lebih ramai ahli.

“Tetapi saya akui mungkin hanya 1,000 mampu dicapai dan bukan 100 peratus kerana memahami trend masa kini, individu tidak perlu berada di dalam organisasi untuk menyokong kita. Ada yang bukan ahli sekalipun tetapi tetap menyokong kita,” ujarnya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan