Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Aroma Sungkei – Episod 28 | Resipi Daging Masak Hitam Sarawak dan Sirap Bandung Selasih

HIDANGAN apa yang disajikan dalam Aroma Sungkei kali ini? Ikuti episod 28 yang telah disiarkan di TVS Saluran 122 Astro dan MYTV pada Rabu (19 April).

Dua menu yang dipertontonkan ialah Daging Masak Hitam Sarawak dan Sirap Bandung Selasih. Sekiranya anda ingin mencuba, ikuti dua resipi sajian di bawah.

Daging Masak Hitam Sarawak

Bahan-bahan:

300g daging
5 sudu gula apong
70g kismis hitam
30g kerisik
3 sudu kicap pekat
4 sudu cili kisar
1 serai
5 bawang putih
5 bawang merah
2cm lengkuas
2 sudu serbuk rempah kurma
4 sudu kerisik
1 kayu manis
1 buah pelaga
3 bunga cengkih
3 bunga lawang
Garam
Gula

Cara memasak:

  1. 1. Potong dadu daging
  2. 2. Kisar bawang merah, bawang putih dan lengkuas
  3. 3. Perap daging dengan kicap pekat dan gula apong
  4. 4. Tumis bahan kisar dan masukkan cili kisar, kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang
  5. 5. Masak sehingga naik bau dan masukkan serai, serbuk jintan manis, kerisik dan daging perap
  6. 6. Biarkan sehingga daging masak
  7. 7. Sedia dihidang

Sirap Bandung Selasih

Bahan-bahan:

1/4 tin susu pekat
2 sudu sirap rose
5g selasih

Cara memasak:

  1. 1. Kembangkan selasih dengan air masak
  2. 2. Masukkan sirap rose dan susu pekat
  3. 3. Masukkan ais dan air
  4. 4. Letakkan selasih di atas
  5. 5. Sedia dihidang

 

Aroma Sungkei bersiaran setiap hari sepanjang Ramadan pada jam 5.15 petang, ulangan keesokan harinya jam 10.15 pagi di TVS saluran 122 Astro dan MYTV. 

Anda juga boleh menonton episod penuh Aroma Sungkei di YouTube TVS Entertainment dan sedutan menarik di media sosial TVS Entertainment di FacebookInstagram dan TikTok. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan