Search
Close this search box.
JPBN memaklumkan, pelbagai agensi bersedia menghadapi musim panas di Sarawak.Foto Zaim Zafran (TVS).

23 titik panas dikesan di Sarawak

ByIzzah Kamilah Yunus

KUCHING, 20 April:  Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak mengesahkan sebanyak 23 titik panas telah dikesan di seluruh negeri setakat ini.

Sehubungan itu, JPBN memaklumkan, mereka serta agensi kerajaan yang berkaitan telah bersiap sedia menghadapi musim panas di Sarawak.

JPBN berkata, ketika ini bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di sini berada pada tahap sederhana.

“Selain itu, antara langkah-langkah yang telah diambil bagi mencegah pembakaran terbuka adalah mengeluarkan kompaun serta notis amaran kepada pihak terlibat dan memastikan peralatan mencegah kebakaran terbuka dalam keadaan baik.

“Orang awam diminta membantu agensi-agensi kerajaan dalam menghadapi musim panas ini dengan tidak membuat sebarang pembakaran secara terbuka terutamanya di kawasan perumahan dan tanah gambut,” jelas JPBN menerusi kenyataan media hari ini.

JPBN turut menasihatkan orang awam untuk menjaga kesihatan, mengurangkan aktiviti di luar serta memakai pelitup hidung dan muka.

“Masyarakat juga disaran agar pergi ke klinik jika penyakit bertambah teruk dan minum air dalam kuantiti yang banyak,” jelas JPBN.

Sementara itu, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Malaysia, Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Polis Diraja Malaysia, dan Pejabat Residen Bahagian juga akan bekerjasama dengan JBPN bagi menghadapi musim panas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan