Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan individu bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, Ipoh seperti tular menerusi rakaman video di media sosial. Foto: Tangkap layar video media sosial

Polis kesan individu bakar mercun dari balkoni pangsapuri

ByBernama

IPOH, 19 April: Polis sedang mengesan seorang individu yang bermain mercun di balkoni sebuah pangsapuri di Meru, di sini seperti yang tular dalam rakaman video menerusi laman Twitter.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata pihaknya mengesan perbuatan itu menerusi satu akaun Twitter semalam.

“Satu laporan polis telah diterima dan kes disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana melakukan mudarat awam serta Seksyen 4 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana membakar mercun sehingga mendatangkan mudarat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh ASP Fadli Ahmad di talian 019-2500 019 untuk membantu siasatan.

Katanya orang ramai dinasihatkan sentiasa bersikap bertimbang rasa, bertanggungjawab dan berwaspada semasa bermain mercun sempena musim perayaan demi menjamin keselamatan diri mahupun nyawa serta harta benda orang ramai.

Menerusi video berdurasi 25 saat yang tular itu, kelihatan seorang lelaki membakar mercun di balkoni sebuah unit pangsapuri beberapa kali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan