Search
Close this search box.
Datuk Dr Juanda Jaya pada sesi bergambar pada Majlis Khatam Al-Quran peringkat Daerah Matu semalam. Foto: TVS

Hidupkan semula kelas bagi memantapkan penguasaan al-Quran

MUKAH, 19 April: Pelbagai pendekatan akan dilaksanakan bagi menghidupkan semula kelas al-Quran peringkat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jemoreng bermula tahun depan.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti Dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya berkata, kewujudan Madrasah Abdul Latip Kampung Pergau merupakan permulaan usaha berkenaan sebelum dikembangkan ke kampung-kampung yang lain.

Sehubungan itu, beliau mengharapkan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Surau bagi memastikan hasrat tersebut menjadi kenyataan.

“Pada tahun depan, kita akan adakan kelas-kelas al-Quran, yang pada mulanya kita wujudkan di bawah nama Madrasah Abdul Latip yang akan kita kembangkan bermula sekarang di Kampung Pergau dan kembangkan ke kampung-kampung yang lain jika Jawatankuasa Masjid dan Surau mahu bekerjasama mengadakannya.

“Kita akan sebarkan program kelas pembacaan al-Quran ini ke semua kampung di DUN Jemoreng,” katanya pada Majlis Khatam al-Quran peringkat Daerah Matu semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng berkata, program seumpama itu perlu diperkasakan dalam mendaulatkan kitab suci al-Quran yang menjadi pegangan utama dalam kehidupan seharian seorang muslim.

Jelas beliau, ia juga bertujuan mengisi masa lapang anak muda dengan perkara bermanfaat sekali gus memantapkan lagi penguasaan al-Quran dalam kalangan generasi muda.

“Kita mempunyai hasrat yang besar bagi menghidupkan pelbagai program keagamaan seperti ini yang dijalankan secara santai di semua kampung, surau dan masjid yang ada di Daerah Matu dan Daerah Kecil Igan.

“Tujuan kita adalah untuk mengembalikan semula kelas-kelas al-Quran yang wujud sebelum ini di kampung-kampung,” katanya.

Pada masa yang sama, kelas itu juga bukan hanya untuk golongan muda tetapi semua peringkat usia khususnya mereka yang baru belajar, memperbetul dan melancarkan bacaan al-Quran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan