Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kumpulan ini yang dilabel Kerajaan Indonesia sebagai pengganas dipercayai menyerang anggota TNI. Foto REUTERS.

Empat askar Indonesia hilang diserang pemberontak di Papua

ByBernama

JAKARTA, 18 April: Sekurang-kurangnya empat tentera Indonesia dilaporkan hilang selepas diserang pemberontak di wilayah bergolak Papua.

Mereka adalah antara 36 askar yang menyertai operasi menyelamat tebusan juruterbang New Zealand, Phillip Mark Mehrtens, di daerah berbukit dan pergunungan di Kabupaten Nduga pada Sabtu.

Baca artikel berkaitan >>> Indonesia mulakan serangan ketenteraan terhadap pemisah di Papua

“Nasib empat anggota itu masih belum dapat dipastikan,” kata Panglima Angkatan Tentera Indonesia, Laksamana Yudo Margono dalam satu kenyataan.

Beliau juga mengarahkan askar bersiap sedia untuk tempur sebagai tindak balas terhadap serangan kumpulan yang digelar Free Papua.

Indonesia mengklasifikasikan kumpulan itu dan organisasi gabungannya di Papua, sebagai kumpulan pengganas pada 29 April 2021.

Yudo dan pegawai tentera tertinggi melawat wilayah itu pada Isnin untuk menilai operasi mencari dan menyelamat Mehrtens.

Dia diculik oleh kumpulan itu selepas mendaratkan pesawat komersial Susi Air di Lapangan Terbang Paro pada Februari. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan