Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat Andrine Johnnes Anne, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto: TVS

Mayat kanak-kanak autisme hilang ditemukan terapung di sungai

ByConnie Grace

KUCHING, 15 April: Kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) autisme yang hilang di Kampung Bunga Rampai, Jalan Batu Kitang, Bau, di sini semalam, ditemukan lemas di kawasan sungai Sarawak Kanan hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, anggota bomba di lokasi itu memaklumkan bahawa melihat sesuatu di kawasan sungai berhampiran bot  Angkatan Pertahanan Awam (APM) sekitar jam 12.10 tengah hari dalam keadaan tenggelam timbul sebelum membuat pengesahan.

Mayat ditemui terapung di belakang bot APM di sungai Sarawak Kanan. Foto: TVS

“Pihak APM dan Bomba mengesahkan yang mayat telah berjaya di temukan di kawasan sungai bahagian belakang bot APM yang dimaklum awal kelihatan sesuatu dalam keadaan tenggelam timbul tersebut adalah mayat budak yang masih berpakaian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, selepas sesi pengecaman mayat oleh ahli keluarga, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan pada jam 12.50 tengah hari dan mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.

Mayat Andrine Johnnes Anne, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto: TVS

Mangsa dikenali sebagai Andrine Johnnes Anne, 7 tahun dilaporkan hilang pada jam 2.30 petang Jumaat yang dilihat kali terakhir memakai baju merah dan menggunakan lampin tanpa berkasut.

Berdasarkan maklumat dari ahli keluarganya, mangsa yang selama ini tidak dibenarkan keluar dari rumah dikatakan mungkin keluar melalui pintu belakang yang menghadap kawasan hutan berdekatan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan