Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Polis sedang mengesan suspek di satu lokasi di Miri. Foto: PDRM Miri.

11 suspek kes gaduh ditangkap, polis Miri nafi kes tembak

MIRI, 15 April: Pihak polis menafikan sebarang kejadian kes tembak ekoran insiden pergaduhan di Vista Perdana Permyjaya di sini, tengah malam tadi.

Susulan itu, pergaduhan tersebut telah menjadi tular dan menyebabkan spekulasi tersebar di media sosial menyatakan bahawa kejadian tembak-menembak turut berlaku dalam insiden yang berlaku sekitar 12.15 tengah malam itu.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu menegaskan bahawa dakwaan itu adalah tidak benar.

“Kes ini (pergaduhan) yang berlaku di sebuah pusat hiburan berkenaan melibatkan seorang lelaki telah melarikan diri selepas dikejar sekumpulan lelaki yang dipercayai rakan kongsi perniagaan mangsa.

“Bertindak atas maklumat, pihak kami dari sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Miri telah bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap 11 orang lelaki warga tempatan berusia antara 19 hingga 40 tahun yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan itu,” kata dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kesemua individu terbabit dipercayai terlibat secara langsung dalam insiden pergaduhan itu telah ditahan untuk tujuan siasatan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap harta benda,” katanya.

Katanya, polis ingin menegaskan kepada masyarakat agar tidak menyebarkan rakaman pergaduhan tersebut kerana ia akan mengundang kegusaran kepada masyarakat.

“Mana-mana individu yang didapati menularkan video dan gambar pergaduhan tersebut akan diambil tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Jelasnya lagi, tindakan juga boleh diambil di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan, jika sebarang spekulasi dibuat dengan tujuan untuk mengancam keamanan.

Tegasnya lagi , orang ramai dinasihatkan agar tidak mengambil tindakan di luar batasan undang-undang dan tiada sesiapapun dibenarkan dalam undang-undang untuk menggunakan kekerasan atau gangsterisme dalam menyelesaikan pertelingkahan di antara pihak tanpa mengira latar belakang mereka.

Alexson juga meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan insiden tersebut untuk tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan atau menghubungi Inspektor Zulaikha Mohd Anuar ditalian 085-433730. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan