Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ACP Abdul Fuad Abdul Malek menunjukkan barangan yang dirampas daripada suspek terlibat kes jenayah pada sidang media di Sandakan, hari ini. Foto: TVS.

Polis Sandakan tangkap 17 suspek, selesai lebih 30 kes jenayah

SANDAKAN, 14 April : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan memberkas 17 suspek sekali gus menyelesaikan lebih 30 kes jenayah bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini.

Ketua Polis Daerah Sandakan, Asisten Komisioner Polis (ACP) Abdul Fuad Abdul Malek berkata ia melibatkan beberapa kumpulan penjenayah yang aktif dalam kes pecah rumah dan kecurian peralatan pencawang telekomunikasi.

“Secara keseluruhan tiga bulan pertama tahun ini, hasil kerja keras dan operasi terancang yang dijalankan, seramai 17 tangkapan telah dijalankan melibatkan 13 lelaki dan empat perempuan.

“Daripada jumlah itu, 15 adalah warga tempatan manakala dua orang lagi warga asing. Siasatan lanjut juga mengesahkan 10 orang daripada suspek ditangkap adalah positif dadah jenis Methamphetamine,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Fuad berkata beberapa kumpulan jenayah yang ditumpaskan termasuk enam suspek dari Kumpulan Fendi yang terlibat dalam 13 kes curi kenderaan, pecah rumah dan pecah kereta.

Selain itu, katanya Geng Nudin melibatkan enam suspek yang aktif dalam 16 kes jenayah curi di pencawang telekomunikasi turut ditumpaskan.

Kumpulan ketiga ditumpaskan adalah Geng Sultan yang aktif dalam kes pecah rumah dan lain-lain jenayah curi melibatkan empat suspek dengan dua daripadanya masih diburu polis.

Secara keseluruhan, nilai kerugian bagi kesemua kes jenayah itu dianggarkan bernilai RM457,400.

“Pihak IPD Sandakan berterima kasih kepada penduduk yang telah banyak membantu menyalurkan maklumat sehingga tiga bulan yang pertama ini banyak kejayaan kita capai,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan