Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ambulans yang membawa pesakit COVID-19. Jumlah individu yang dijangkiti virus berkenaan meningkat di Indonesia. Foto: TVS

COVID-19: Subvarian baharu Arcturus dikesan di Indonesia, jumlah kes meningkat

ByTVS

JAKARTA, 14 Apr: Kementerian Kesihatan Indonesia (Kemenkes) mengesahkan COVID-19 subvarian Arcturus atau XBB 1.16 telah masuk ke negara republik itu apabila dua orang disahkan dijangkiti varian baharu itu.

Dua orang dijangkiti varian baharu itu dikenali sebagai pengembara ke India yang kembali ke Indonesia.

Kedua pesakit telah dikenal pasti positif dijangkiti subvarian Arcturus berdasarkan pensampelan makmal ujian penjujukan genom.

Peningkatan kes di Indonesia selama tiga hari berterusan dengan kenaikan dua kali mencecah lebih 900 kes sehari. Foto: TVS

Jurucakap Kemenkes Mohammad Syahril berkata dua pesakit yang dijangkiti telah menerima tiga dos vaksin.

“Kedua pesakit telah menerima tiga dos vaksin COVID-19, namun masih ada simptom yang dialami dan orang terbabit harus dirawat di hospital dan kini semakin pulih,” katanya.

Bagaimanapun, pihak Kemenkes telah menyiasat kes terhadap individu yang mempunyai hubungan rapat kepada pesakit.

Sementara itu, peningkatan kes berlaku di Indonesia selama tiga hari berterusan dengan kenaikan dua kali mencecah lebih 900 kes sehari berbanding 400 kes sebelumnya.

Malah, kenaikan ini juga sebabkan 39 kematian direkodkan dalam tiga hari.

Berdasarkan kajian makmal, subvarian XBB.1.16 mempunyai satu mutasi tambahan yang menjadikannya lebih berjangkit dan berpotensi lebih patogenik.

Kemenkes akan menjalankan saringan terhadap seseorang yang melancong dari luar negara khususnya India dan menggalakkan vaksin dos penggalak kedua bagi menghalang penularan subvarian ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan