Search
Close this search box.
Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) di Majlis Penyampaian cek pampasan Projek Masterplan for Isthmus Gedong. Foto: Connie Grace (TVS)

Tiada bonus raya, Premier Sarawak beri bayangan bonus hujung tahun

ByConnie Grace

GEDONG, 12 April: Kerajaan Sarawak memutuskan tidak memberi bonus kepada penjawat awam negeri pada Hari Raya Aidilfitri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau memberi bayangan habuan itu akan diberi pada penghujung tahun nanti bagi berlaku adil kepada semua perayaan yang ada di negeri ini.

“Saya rasa kita banyak perayaan dan kita sambut Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Gawai dan saya rasa kita mesti adil kepada semua perayaan.

“Kita di Sarawak banyak perayaan yang disambut, kalau boleh berpada-padalah dalam berbelanja kerana apa yang paling penting di sini ialah pendidikan anak-anak.”

“Kalau ada rezeki lebih, bonus akan saya berikan pada hujung tahun sahaja agar kita adil kepada semua masyarakat,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyampaian cek pampasan Projek Masterplan for Isthmus Gedong hari ini. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan